2.1.14

sang cinta...


pertengahan bulan 9 mcm tu, muncul sorang mamat baru ni dalam hidup aku. entah macam mana tah kan. haha.
okey mula mula macam ni, aku akan approve sape2 je yang follow aku kat instagram, tapi aku akan tengok dulu profile dia baru aku decide nak follow balik ataupon tidak.

so dipendekkan cerita, ada sorang mamat ni follow aku, aku foollow dia balik. dah lama jugak, tapi satu hari tu, dia like banyak gila gambar aku, aku pon terperasan, and mungkin dia buat cmtu nak aku perasan jugak kewujudan dia, mungkin?

yang aku ni pantang kalau orang like banyak-banyak, aku akan screen shot benda tu, and aku akan post balik dekat instagram.
aku pon post ada lah dalam 5-6 aku screen shot, aku collage benda tu and aku post balik. siap mention nama dia dan aku cakap terima kasih bla bla bla semua lah.

start tu mula comment sikit-sikit kat instagram. tapi layan tak layan lah kan.
aku tak ingat bila, tak lama lepas kejadian tu, ada orang add aku kat fb, dengar nama fb dia aku nak gelak, and aku tak tengok pon profile dia sebab aku tak kenal, tapi ramai mutual friend. aku ni memang jenis takan approve orang kat fb kalau orang tu aku tak kenal and tak pernah nampak muka. hikhik.

pastu bila dah comment-comment kat instagram tadi, aku terperasan nama yang sama add aku kat fb tu kat profile instagram dia, aku pon tanya dia, ada add kat fb ke? sebab nama sama. and dia pon cakap ada, dia suruh aku approve, tapi aku malas. lepas dah comment banyak-banyak tu, dia suruh jugak aku approve, aku cakap aku malas nak approve orang yang tak kenal. then, dia cakap nanti lepas approve tu kenal lah. and aku pon approve lahhhh.

aku tak ingat, maybe esoknya dia chat aku kat fb, tak silap hari jumaat tengahari gitu la. dia chat bla bla bla, siap bahan membahan lagi, padahal baru kenal. tapi time tu dah banyak dah dia comment-comment gambar aku, dia like semua gambar aku kat fb, aku cakap dia kaki like. dia kate tu baru sikit. hahaha

entah macam mana hati aku ni tertarik kat dia. time chat kt fb tu, dia mintak aku wechat, dia kate senang lagi nak contact, aku pon suruh dia carik sendiri. tapi aku tengok-tengok, takde orang add pon. so aku abaikan. pastu petang tu dia chat lagi, dia mintak whatsapp pulak. aku cakap kat dia kalau mintak whatsapp tu sam aje macam mintak nbo fon. aku takan bagi nbo fon aku kat orang yang aku tak kenal. then, aku cakap kalau nak whatsapp sangat, bagi nbo fon dia kat aku. and dia pon bagi lah kat aku.

aku yang mulakan mesej dia sebab aku yang ada nbo dia. time tu petang, malamnya aku nak pegi makan steamboat ngan budak-budak kat Arau. lepastu dari petang sampai ke malam aku mesej ngan dia. sepanjang-panjang aku makan steamboat tu aku mesej ngan dia je. sampai nak tido.

esoknya mesej lagi dan lagi dan lagiiiiiiii............

hari kedua malam tu dia call, dia call macam aku ni dah lama sangat kenal dengan dia, padahal baru dua hari. bebual pungpang pungpang... hahaha

yang aku ni memang twenty-four-seven mesej ngan dia. dari celik mata sampai nak pejam mata. aku ni memang pantang kalau orang amek berat sikit kat aku, mula lah aku cair. haihhh susah betul.

dia langsung takde tanya aku pasal aku ada bf ke tidak, bf marah ke tidak. langsung takde. memang aku pelik. tapi aku rasa mesti dia dah tau sebab dia dah ada instagram and fb aku sbb dalam tu banyak gambar-gambar aku ngan bf aku.

ceritera ini akan bersambungggg.
nak tau apa terjadi lepas tu?
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......
hahaha

adios :)




Peace yaww ! Your comments make me SMILE ®


Copyright © 2008-2011 | Design by atikamohdnor@yess