1.6.11

15 tips melupakn kekasih lama


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum salam 1 Malaysia
hyee peeps . 
kalau korang ada perasan semalam aku ada post entry pasal aku kena ganggu dengan exboy aku . kalau belum baca atau ketinggalan, picit sini . 
oke . harini pulak aku nak bagi tips kat sumorang sekaligus untuk aku sekali lupakan ex aku . .
aku bukanlah perfect sangad dalam cintan-2 ni kan . kalau korang rasa tips yang aku bagi ni boleh pakai, apa salahnya . tapi jangan cakap aku ketam pulak . *jalan sendirik senget-2 sebok nak ajar orang macam-2 . oke fine . .

ye, aku tau bukan senang nak lupakan 'kekasih lama' kau tuu . bukan aku je, heyy kira semua orang lah . pecaya tak pecaya terpulang oke . tengok tips-2 nih . macam yekyek je kan haku .

1.   Menangis
      Haa . awal-2 putus cinta tu tipu lah kalau tak nangis kan . bagi yang hati kering tu tak nangis kodd . time
      tu menagislah sepuas hati . kasi lepas semuaa sekali .
2.   Terima Hakikat
     oke, anda haruslah menerima hakikat yang si dia bukan milik anda lagi . harus oke .
3.   Jangan duduk sorang-2
      sebab apa tak boleh duduk sorang-2, sebab mengelakkan korang bunuh diri ke . haha tak tak . korang   
      kena dapatkan someone yang boleh jadi pendengar setia . 
4.   Luahkan perasaan anda  
      ye, apa gunanya kawan kalau kita tak boleh nak share masalah kita kat dia . time tu lahh kawan anda    
      kena  
      menjadi pendengar yang setia . atleast anda dapat ketenangan walaupun sedikedd . 
5.   Buang barang-2 pemberiannya
      haa yang ni its up to you'olls oke . kalau nak cepat lupa kat si dia,buang je . sedikit demi sedikit korang   
      dapat lupakan dia dengan mudah . bukan apa, kalau ada lagi barang-2 tu kat korang, mestilah time  
      korang    
      nampak barang tu korang akan teringat kat dia . so? lempar jauh-2 oke sekaligus dapat hapuskan 
      kenangan manis bersamanya :)
6.   Ingat keburukan dia
      yang ni lagi senang . korang ingat je balik apa keburukan dia yang korang tak suka dia buadd time korang  
      couple dulu . mesti korang rasa macam nak hempok je muka dia kat dinding kan . oke guddd . buad . 
7.   Bersahabat selepas clash?
      heyy ! wth . jangan oke . baru-2 clash dulu sebok cakap nak jadi kawan je walaupon dah putus .  
      takpayah! kalau dah putus tu, putus terus . takpayah sebok sebok nak contact . 
8.   Jangan dendam
      haa . tapi jangan berdendam pulak sebab tak elok tau . mungkin korang dengan si dia takde jodoh . so,
      buadd dhang jelahh . bunga bukan sekuntum, kumbang pon banyak lagi .
9.   Refreshing ke tempat baru
      kalau dah tak tahan sangad tu aku suggestkan korang pegi lah ke tempat yang korang rasa korang boleh
      lupakan segala-2 nya . kalau boleh biarlah tempat tu tempat yang langsung kau tak ingat kat si dia .
10. Ubah penampilan
      ubah penampilan korang supaya nampak lagi fresh and korang rasa korang lagi senang dia takde . and
      boleh hidup lagi sempurna dari sebelum ni . kalau yang sebelum ni free hair, pakailah tudung supaya lebih
      anggun . bukan ke sekarang dah banyak fashion-2 hijab ni ala-2 Hana Tajima . confirm ramai yang
      tertarik dengan korang  :)
11. Berdoa
      ni jalan yang terbaik oke . mohon pada Allah swt supaya anda dapat melupakan si dia dengan mudah dan
      menemukan anda dengan orang yang berganda-2 lebih baik dari si dia .
12. Cari kekasih baru
      hikhikhik . takkan nak single seumur hidup ? takde perasaan ke korang ? hahah . mesti ada yang korang
      suka . tipu lah kalau takde kan . mula mula memang cakap tanak bercinta lagi tapi lama kelamaan mesti
      hati tu boleh terubat punya . cayalahhhh .
13. Jangan memalukan diri sendiri
      Tolong jangan sms or cakap kat si dia yang korang akan tunggu si dia sampai bila-2 . sanggup
      dimadukanlah . tak boleh hidup tanpa dia lah . what-so-everlah .  korang tau tak dia
      akan cerita kat gf/bf dia pasal tu ? tak malu ?
14. Ingat kat orang lain
      Dah kalau dia dah tanak kat korangkan, takpayah lah korang nak terhegeh-2 nak ingat dia . eiiyakksss .
      ramai lagi orang yang bagus oke . dia tak hargai korang, buad apa nak ingat dia .
15. Facebook/Twitter/Myspace
     Takpayah nak update status fb/twitter korang pasal dia . kalau dia baca tak ke korang malu ? macam lah  
      korang terhegeh-2 sangad kat dia kan . pegi jahanam !


aku harap dengan tips tips yang tak seberapa ni dapat lah tolong korang yang dalam dilema kononnya padahal aku yang dilema .papepon aku mintak maaf kalau-2 ada terkasar bahasa or tersalah budi bicara . dah macam raya lah pulak . 

aku sajikan gamba yang comel lagi manis nih untuk korang *muntah? oke fine




p/s : entry nih takde kena mengena dengan yang masih hidup ataupon yang sudah meninggal dunia . sekiranya ada persamaan dengan mana-2 pihak, ia hanyalah kebetulan semata-2


kbai . 

Peace yaww ! Your comments make me SMILE ®

0 ribuuuu artiss:


Copyright © 2008-2011 | Design by atikamohdnor@yess