2.6.11

tak sangka kau macam ni !


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum salam 1 Malaysia


p/s : entry ni panjang, agak-2 yang malas nak baca tu tak payah baca k. kang korang muntah hijau pulak baca panjang-2 *overrr

hyee peeps ! hepyy thursday . 
sehadd tak ? harap-2 sehad lah ye . dah dua hari kodd aku tak bukak belog . eleh kau bukak ke tak ke ada pulak orang kesah . oke fine !

dua hari lepas jugaklah yang ada kena mengena dengan cerita aku based on the title . 
oke macam ni . nampak je title macam kasar, but bukan . cerita kali ni fully lots of love oke . amboiii, dah pandai eaa . 

benda ni berkaitan  dengan Lee . dia tak bagi aku cerita kat siapa-2 pon pasal ni sebab dia   memang seorang yang 'super duper SHY' . oke, tu aku memang tahu .  aku tak cerita kat sape-2 pon tapi aku nak cerita kat belog kesayangan aku ni . bukan apa, just aku nak simpan buadd kenangan yang terindah dalam hidup aku . tak ke kalau korang baca korang punya entry yang dah bertahun-2 tu korang akan ingat balik moment yang best dulu-2 .

oke the story bermula macam ni . dua hari lepas, time tu malam tau, eh dah pagi . mesej-2 dengan Lee, tiba-2 tercerita pasal kitorang dulu-2 time belum kenal . padahal kitorang memang satu sekolah . Tapi memang aku dengan dia tak penah senyum langsung apatah lagi bertegur . cerita punya cerita tiba-2 dia cakap dia suka kalau kitorang  buad flashback pasal dulu . aku pon tanyalah kenapa dia suka . dia cakap tak sangka dia boleh couple dengan aku . aku tanya lagi kenapa . dia cakap dulu time sekolah memang dia dah ada hati nak kenal-2 dengan aku . aku apa lagi, ketawa terguling-2 *tipuu

Tapi seriously memang aku tak sangka dia macam tu dulu . sebab sebelum ni memang dia cakap dia tak kenal aku time sekolah . Kawan dia pernah cerita kat nadd yang Lee dulu memang penah ada hati kat aku . Tapi maybe just nak berkawan sahaja *bajedartiss
aku pon diamkan jelah sebab memang Lee kata dia tak kenal aku . Kang aku cakap dengan dia kang dia cakap aku perasan pulak . sape yang malu ? hahaha

Lepastu dia pon cakaplah time aku balik sekolah dulu,dia kan tunggu bas . rumah aku dekat je, depan sekolah . so, dia cakap kalau dia nampak aku mesti dia tengokkan aku je . uhhhhhhh, malu ameeddd aku taukkk . aku tak sangka pulak yang selama ni aku jalan ada orang perhatikan aku . LOL ! hahah jalan dah lah teraburrrr . .

malu malu malu tahu takkk . aku yang jadi malu . sebab dah dua tahun kitorang kenal baru aritu dia nak cakap . ishhhhh, apa-2 je awak kan b . pastuh, aku cakap lah yang Acid penah cerita kat nadd pasal tu, dia cakap rahsia dia dah kantoii . 

ehhh seriously, aku kat sekolah memang serabai tau tak . selekeh selebet and what-so-ever-lah kan . tak sangka pulak ada orang minat . Lee cakap memang dia nak sangat berkenalan dengan aku time sekolah dulu tapi sebab dia ni pemalu, dia tak jadi . haha . .

Aku pon tanya dia apa yang buadd dia tertarik nak kenal dengan aku, dia cakap dia tertarik kat mata aku yang sepetttt . hello, mata aku sepet ke ? dulu ye kodd, time pipi aku tembammm . sekarang dah kempess so, matanya dah tak sepet . hahah, agaknya lah . memandai je kan aku . 
Dulu time dia tak kenal aku, dia cakap dia panggil nama aku 'korea' sebab mata sepet lah kodd kan . hahahha tanak berdekah terbahak-2,termuntah-2 pulak aku kan . 

Actually penah jugak orang panggil aku korea tapi time aku kecik lagi . time tu form3 kodd . time aku couple dengan si Afif ni . memang aku suka tengok cerita korea petang-2 tu kat tb2 . Tu yang dia cakap muka aku macam korea . and start tu jugaklah aku perasan oke . hahhaa . before ni orang-2,family aku actually arwah atuk aku panggil aku anak cina . sebab dalam family aku, aku sorang yang mata sepet . memang muka aku takde sama dengan sape-2 family members aku . semua cakap aku anak angakat . omgeee ! no lahhh . 

Tapi kata Lee, sekarang mata aku tak sepet dah . yelah maybe sebab  aku dah kuruss , slimmmmm hahah . Lee kata, now impian dia dah tercapai . maknanya dia dah dapat aku lah kan . OMJAYYYYYY ! how suweeettttt u sayang . hehhe . memang malam tu aku happy gila dengar dia membuadd pengakuan walaupun dalam keadaan malu-2 . haahha . memang banyak benda yang aku nak tanya dengan dia . nanti jumpa aku nak bukak balik cerita tu face-to-face . tapi dia taknak T_______T malu katanya . wekkkkkk . 

Dia cakap first time aku balas mesej dia, dia kata 'pehhhhh, happy gila' hahahhaha . sengal with love lah awak yang . Dulu pon dia dapat nombo fon aku sebab dia curik kat fon Albab merangkap membe aku jugak . aku ngah mesej-2 dengan Albab, patu Albab nya dah tidur, dia yang balaskan . then dia tanya lah Albab mesej ngan sape, Albab cakap mesej ngan aku then dia pon senyap-2 amek nombo aku . 

Dari situlah kami berkawan . . .  .

kbai . . 

p/s/s : entry ini akan disambung kemudian bekos aku dah laparrrr . nak melantak sekejap . ada masa aku akan ceritaaaiiin sambungan entry ni oke . Aku akan ceritakan awal-2 perkenalan kami . oucchhh !
 resource : cutesecrets

Peace yaww ! Your comments make me SMILE ®

0 ribuuuu artiss:


Copyright © 2008-2011 | Design by atikamohdnor@yess