5.5.12

setitik perasaan seorang wanita


hai semua.
lamanya tak update.
harini, malam ni tetiba je aku terasa nak menaip.
title tu tipu je. takde kena mengena pon. tetiba lalu kat otak so letak tajuk terus.

harini aku rasa penat sangat.
malam tadi aku tidur pukul 3.30pagiiiiii.
sensorang termenung. taktau termenungkan apa. hati aku je yang tahu :(

tadi kan cuti Wesak. memang dah lama kami plan nak jenjalan Alor Star kalau cuti.
so kami decide pegi tadi.
pegi pukul 9.30 naik bas, sampai sana kul 11.
seronok jugak. duit pon laju je keluar.
takpelah kan, bukan selalu kita macam ni.

penat teramat sangat, ni baru pukul 9 tapi mata aku dah macam tak tidur dua hari. ngantuk baq ang orang kedah cakap.
yelah dah duduk negeri orang ni kenalah belajaq loghat dia pulak kan. nanti cakap tak kenang budi pulak. ehhh. hahaha.

jalan jalan jalan, kami berenam je. takpe, tak ramai, tak habis kredit asik nak call je sebab berpecah. kan?
nak tengok wayang tak dapat, nak main bowling tak dapat, nak karoke tak dapat, oke fine. memang takde rezeki aku nak berhibur kat sini.
pukul 5.30 terus tunggu bas. sampai uum pukul 6.30. terus aku turun beli makan. patu mandiii. penat! tapi best kot sebab kena berdiri dari Alor Star sampai uum sebab bas penuh macam sardin!. cisss, penat kot!

dari malam tadi aku takde mood dengan Lee.
aku geram! dia dah buat salah, tapi buat buat macam bukan salah dia tapi salah aku!
stress gila aku ni haaa.
aku ni bukan nak cakap apa, tapi aku memang jujur dengan dia even perkara kecik sangat, aku akan cakap ngan dia, tapi dia kenapa tak boleh buat macam tu. aku memang akan cakap kat dia apa yang aku buat, apa yang terjadik kat aku sehari tu.
tapi kenapa dia tak? kenapa benda kecik pun tanak jujur? benda kecik tak jujur lagikan benda besar. betul tak? aku tension weh, nasib tadi keluar jalan kalau tak memang lah stress gila.
ye, mungkin awak anggap benda tu tak penting, tapi awak sedar tak selama ni saya layan kerenah awak je, memang saya mengeluh, tapi sebab saya sayang awak, saya turutkan je apa yang awak mintak. awak tak bagi saya main facebook, saya tak main sebab awak jeles saya comment2 dengan lelaki lain, saya buat facebook baru sebab saya nak tau pape perkembangan pasal uum je. tapi awak dah warning awal2, awak tak bagi saya accept kawan lelaki walaupun member kelas. awak tak kasi saya accept lelaki kecuali adek and abang saya. oke, saya turutkan. awak? apa awak buat kat saya? saya penat!

apa apa pon, saya tetap sayang awak.
saya nak awak sedar je yang saya buat ni semua untuk kebahagiaan kita. tapi awak tolong jangan buat saya macam ni. jangan pandai suruh saya ikut cakap awak, tapi awak tak ikut cakap saya. I Love You Fazlee...ehh meroyan??
hahahha
fefeeling kejappp :)

Sekuat mana kita setia
.
Sehebat mana kita merancang.


Selama mana kita menunggu.



Sekeras mana kita bersabar.

Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir ALLAH menentukan yg kita akan bukan dgn dirinya,


Kita tidak akan bersama dgnnya.


Jika Allah telah menulis jodoh kita dgnnya,


Kita tetap akan bersama dirinya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yg tepat menurut 



ilmuNya, insyaALLAH.

Tiada yg kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.


Dan yg sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T ♥

Peace yaww ! Your comments make me SMILE ®

0 ribuuuu artiss:


Copyright © 2008-2011 | Design by atikamohdnor@yess